Semak Kelayakan Penerima Bantuan RM150 MyKad 2024. Kami faham betapa pentingnya bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan. Oleh itu, kami ingin berkongsi pengalaman semasa memohon Bantuan RM150 melalui MyKad untuk tahun 2024.
Jika anda tertanya-tanya adakah anda layak untuk menerima bantuan ini, artikel ini akan menjelaskan cara-cara semakan dan syarat kelayakan bagi memastikan anda tidak terlepas peluang ini.
Apa Itu Bantuan Mykad?
Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
“Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI,” kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.
Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.
Semak Kelayakan Bantuan RM150 MyKad 2024
Untuk memastikan anda layak menerima bantuan ini, ikuti langkah-langkah semakan berikut:
- Layari pautan semakan rasmi.
- Masukkan nombor MyKad anda tanpa simbol (-). Sebagai contoh: 830123456789.
- Masukkan kod Captcha yang terpapar pada skrin.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status kelayakan akan dipaparkan. Sekiranya layak, anda boleh terus menunggu tarikh pengkreditan.
Baca Juga Disini –> Terkini: Pembayaran STR Fasa 3 & Fasa 4 – Info Semakan, Rayuan dan Bayaran
Tarikh Kredit Bantuan RM150 MyKad
Bantuan ini akan dikreditkan secara berperingkat dalam tempoh tiga bulan. Berikut adalah jadual rasmi tarikh pengkreditan yang telah ditetapkan:
Bil. | Tarikh Kredit | Jumlah Bantuan (RM) |
---|---|---|
1 | 01/10/2024 | RM50 |
2 | 01/11/2024 | RM50 |
3 | 01/12/2024 | RM50 |
Kriteria Kelayakan Penerima Bantuan RM150 MyKad
Untuk menerima bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut sebelum memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Beralamat di Semenanjung Malaysia.
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun.
- Status: Bujang, Balu, Duda, atau Janda tanpa anak.
- Berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.
- Penerima Bantuan Tunai Rahmah (BTR) 2024.
- Tersenarai dalam data e-Kasih.
Kegunaan Bantuan RM150 MyKad
Bantuan ini tidak boleh digunakan untuk apa sahaja. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli keperluan penting seperti:
- Barangan asas dapur seperti beras, minyak, dan tepung.
- Kelengkapan kebersihan seperti sabun dan ubat gigi.
- Ubat-ubatan asas di farmasi terpilih.
- Peralatan persekolahan atau pendidikan untuk anak-anak.
Rujukan dan Maklumat Tambahan
Semua maklumat yang disediakan dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai perkara tersebut, boleh terus menghubungi pihak berwajib:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel: info@mykasih.com
Penafian
Artikel ini disediakan untuk membantu orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Kami tidak memungut sebarang maklumat peribadi atau mengenakan sebarang bayaran. Segala maklumat adalah berdasarkan sumber rasmi.