Pindaan Had Maksimum Gaji Siling Bulanan Berkuatkuasa Bermula 1 Oktober 2024. Mulai 1 Oktober 2024, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menguatkuasakan pindaan penting berkaitan had maksimum gaji siling bulanan bagi caruman.
Sebagai pekerja yang layak di bawah skim ini, kita pasti tertanya-tanya apa kesannya terhadap faedah yang kita terima dan juga bagaimana ia akan memberi impak kepada majikan.
Artikel ini bertujuan untuk memberi penerangan lengkap dan mudah difahami bagi mereka yang memohon bantuan ini juga.
Pindaan Had Gaji Siling: Apa Yang Berubah?
Pindaan ini meningkatkan had gaji siling bulanan daripada RM5,000 kepada RM6,000. Ini bermaksud, lebih ramai pekerja kini akan mencarum pada kadar yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama, kita sebagai pekerja akan menerima faedah yang lebih baik dari segi insurans dan perlindungan sosial.
Faedah Kenaikan Gaji Siling
- Pekerja akan layak mendapat faedah yang lebih tinggi dari skim-skim PERKESO.
- Peningkatan faedah tunai antara 20% hingga 20.2% untuk kategori faedah tertentu seperti faedah Hilang Upaya Kekal dan Pencen Ilat.
- Majikan mempunyai tempoh peralihan selama enam bulan untuk memastikan pematuhan kepada pindaan baharu ini.
Baca Juga Disini –> Harga Lesen Motor B1/B2 dan B Penuh Tahun 2024
Faedah Tunai Yang Dinaikkan
Dengan pindaan ini, faedah tunai untuk beberapa kategori faedah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) juga akan dinaikkan:
- Hilang Upaya Sementara (Kadar Harian)
- Hilang Upaya Kekal (Kadar Bulanan)
- Faedah Orang Tanggungan (Kadar Bulanan)
- Pencen Ilat dan Pencen Penakat (Kadar Bulanan)
Bukan itu sahaja, di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800), faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), dan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) juga akan meningkat seiring dengan perubahan ini.
Kesan Terhadap Pekerja dan Majikan
Peningkatan had gaji siling ini memberi kesan langsung kepada pekerja yang berpendapatan lebih tinggi, kerana mereka kini akan menikmati perlindungan yang lebih baik.
Pada masa yang sama, ia memberi peluang kepada pekerja yang mendapat faedah di bawah Akta 800 untuk menerima bantuan kewangan yang lebih tinggi sekiranya mereka terlibat dalam kehilangan pekerjaan.
Jadual Kadar Caruman Baharu (Akta 4 dan Akta 800)
Jenis Caruman | Kadar Caruman (RM) |
---|---|
Jenis Pertama (Akta 4) | RM133.90 |
Jenis Kedua (Akta 4) | RM74.40 |
Caruman di bawah Akta 800 | RM23.80 |
Soalan Lazim Tentang Pindaan Had Gaji Siling
Bilakah tarikh kuatkuasa had gaji siling baharu?
Had gaji siling baharu RM6,000 akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024.
Adakah had ini terpakai untuk pekerja asing?
Ya, tetapi hanya pekerja tempatan yang layak di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). Pekerja asing hanya diliputi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Bagaimana dengan tempoh peralihan bagi majikan?
Majikan mempunyai tempoh peralihan selama enam bulan dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025 untuk mematuhi kadar caruman yang baharu. Sepanjang tempoh ini, majikan tidak akan dikenakan penalti.
Bagaimana cara untuk membuat pembayaran caruman?
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui pelbagai kaedah seperti:
- Online Portal (FPX)
- Perbankan Internet
- Direct Debit Authorisation (DDA)
- Kaunter bank yang dilantik sebagai ejen pemungut seperti Maybank, Public Bank, dan RHB Bank.
Kesimpulan
Pindaan had maksimum gaji siling ini membawa banyak manfaat kepada pekerja dan majikan, terutamanya dari segi faedah sosial yang lebih baik dan perlindungan insurans. Bagi kita yang menerima caruman ini, pindaan ini memberikan jaminan kewangan yang lebih tinggi serta lebih banyak peluang untuk mendapatkan sokongan apabila diperlukan.
Pastikan majikan anda mengetahui tentang pindaan ini dan bertindak sewajarnya dalam tempoh peralihan yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau layari laman web rasmi di www.perkeso.gov.my.