Bantuan eKasih RM150 Setiap Bulan Untuk Golongan B40 – Panduan Lengkap Permohonan. Adakah anda tahu bahawa kini anda boleh menerima bantuan eKasih sebanyak RM150 setiap bulan hanya menggunakan MyKad? Jika anda tergolong dalam golongan Miskin atau Miskin Tegar, inilah peluang untuk meringankan beban kewangan keluarga anda.
Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda cara untuk menyemak kelayakan serta maklumat lanjut mengenai bantuan ini yang diberikan pada tahun 2024.
Manfaat Bantuan eKasih RM150 Setiap Bulan
Bantuan eKasih ini disediakan khas untuk mereka yang tersenarai dalam kategori Miskin Tegar dan Miskin dalam sistem eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Program ini bertujuan membantu golongan yang layak dengan menyediakan dana bantuan sebanyak RM150 setiap bulan yang akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima.
Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Baca Juga Disini –> Bantuan eWallet B40 RM350: Panduan Semakan & Maklumat Lengkap
Siapa yang Layak Menerima Bantuan eKasih?
Bantuan ini terbuka kepada:
- Isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar di bawah sistem eKasih.
- Isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin dalam rekod eKasih.
Jumlah penerima bantuan ini telah meningkat secara drastik pada tahun 2024. Sebelum ini, hanya seramai 210,000 penerima disenaraikan sebagai layak, tetapi kini ia telah meningkat lima kali ganda kepada lebih 710,000 orang. Berikut adalah butiran lanjut:
Jumlah Penerima Bantuan eKasih dalam MyKad 2024
Jenis Penerima | Jumlah |
---|---|
Penerima Miskin Tegar | 210,000 |
Penerima Miskin | 500,000 |
Kadar Bantuan eKasih Setiap Bulan
Setiap isi rumah akan menerima bantuan mengikut kategori masing-masing. Berikut adalah kadar bantuan yang akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima:
- Ketua Keluarga: RM100 setiap bulan
- Ahli Keluarga (Anak): RM50 setiap bulan
Ini bermaksud, sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ketua keluarga dan seorang anak boleh menerima bantuan sehingga RM150 setiap bulan.
Tarikh Penyaluran Bantuan eKasih 2024
Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan, dan berikut adalah tarikh jangkaan bagi penyaluran bantuan pada tahun 2024:
Tarikh Penyaluran | Jumlah Bantuan |
---|---|
Oktober 2024 | RM100 + RM50 |
November 2024 | RM100 + RM50 |
Disember 2024 | RM100 + RM50 |
*Tarikh penyaluran tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Cara Menggunakan Bantuan eKasih dalam MyKad
Walaupun bantuan ini tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai, ia tetap boleh digunakan untuk membeli barangan penting. Antara kegunaan bantuan eKasih yang dimasukkan ke dalam MyKad termasuk:
- Barang asas dapur seperti beras, minyak, dan tepung.
- Barang kebersihan seperti sabun, syampu, dan pencuci pakaian.
- Ubat-ubatan yang diperlukan.
- Kelengkapan persekolahan untuk anak-anak.
Cara Semak Kelayakan Bantuan eKasih
Untuk menyemak status kelayakan anda, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Laman Rasmi eKasih.
- Klik pada pilihan [eKasih] di bahagian atas laman.
- Pilih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan ‘No. KP’ tanpa tanda sengkang (-). Contoh: 841234567890.
- Klik butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan di skrin.
Penafian
Maklumat yang dikongsikan di atas diambil daripada Portal Rasmi eKasih. Kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan tidak mengenakan sebarang caj atau meminta maklumat peribadi. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi pihak berwajib di talian bantuan 603-8000 8000.